• About
  • Director's Note

Director's Note

 

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Segala puji bagi Allah S.W.T atas limpah rahmat dan izinNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata sempena dengan perlantikan saya sebagai Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (PPA), Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada 1 Januari 2016.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada universiti kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas amanah baru ini. Sesungguhnya saya amat berbesar hati akan perlantikan ini yang juga merupakan satu peluang baru untuk saya meneraju PPA dan sama-sama memacu ke arah hala tuju baru yang akan bermanfaat kepada pelbagai pihak terutamanya universiti dan alumni pada masa akan datang.

Selain itu, saya sangat mengalu-alukan sumbangan dan buah fikiran dari para alumni bagi meneruskan kejayaan serta kecemerlangan universiti dan seterusnya menaikkan kedudukan universiti ini baik di dalam negara mahupun antarabangsa melalui sumbangan para alumninya.

Malah, saya bersedia untuk terus menganjurkan aktiviti-aktiviti yang relevan bukan sahaja di kalangan para alumni tetapi juga yang dapat merapatkan hubungan alumni dengan USM sebagai alma mater.

Saya juga akan berusaha untuk mempelbagaikan lagi platform-platform (selain yang sedia ada) untuk meraikan sumbangan serta keterlibatan para alumni bersama-sama universiti dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan pada masa yang sama mencari alternatif serta mencuba untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama jangka panjang dimasa akan datang, demi kepentingan bersama.

Sebagai alma mater kepada keseluruhan alumni yang kini berjumlah hampir 150,00 orang, saya mengharapkan agar alumni-alumninya sentiasa berada di pintu kejayaan dan kecemerlangan, dan pada masa yang sama masih meletakkan keberadaan hati masing-masing untuk sentiasa dekat dengan USM.

Alumni itu adalah salah satu tulang belakang sebuah universiti. Berjayanya alumni adalah bukti berjayanya universiti. Pencapaian alumni mencerminkan pencapaian universiti. Semakin jauh langkah alumni, semakin jauh dibawa bersama nama universiti. Malah, menjadi impian supaya di setiap langkah, universiti sebagai alma mater masih dalam ingatan dan sentiasa dekat di hati. Kembali, bukan untuk membalas budi, tetapi kembali berbakti menggapai impian bersama, dalam menjadikan universiti ini kelak akan berdiri lebih tinggi dari kedudukannya pada hari ini.

Kita sayang USM!

Terima kasih.

 

  Admin Login