• HOME
  • About
  • Our Office
  • Introductions

Introductions

PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI (PPA)

Pusat Perhubungan Alumni (PPA) diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni telah ditubuhkan pada tahun 2001. Pusat ini mula dikenali sebagai Unit Perhubungan Alumni dan kemudiannya Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni sehingga tahun 2015. Pejabat ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan bekas pelajar Universiti atau Alumni USM. Mereka yang telah menamatkan pengajian dengan USM boleh berhubung dengan pejabat ini untuk terus menjalin hubungan dan membantu Universiti secara berterusan, menjana sokongan intelektual dan khidmat komuniti(CSR) atau lain-lain keperluan.

Selaras dengan misi Universiti, PPA berusaha membina imej dan menaikkan taraf Universiti. Di samping itu, PPA turut berusaha membentuk persepsi terhadap pelajar USM dalam pelbagai kumpulan sasaran secara terancang dan berterusan melalui jalinan alumni di dalam dan luar negara.

Selaras dengan keperluan untuk menyediakan graduan yang berkualiti, PPA turut berperanan membantu  para pelajar dari segi sokongan moral mahupun kemudahan, di samping persediaan bagi menghadapi alam pekerjaan melalui penyelarasan aktiviti yang berkaitan yang turut melibatkan sumbangan dan sokongan para Alumni.

  Admin Login
 

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.