ALUMNI USM CHAPTER SEMPORNA, SABAH

Satu program bertemu dan beramah mesra dengan alumni USM Chapter Semporna, Sabah telah diadakan pada baru-baru ini di SMK Bugaya, Semporna sempena Program Integrasi Borneo 4.0 anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPAD).

Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (PPA) , Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya. Program ini berlangsung dengan ucapan kata-kata aluan dari Pengarah PPA yang mengalu-alukan penubuhan Persatuan Alumni USM Chapter Semporna. PPA  juga akan membantu dari sudut teknikal dan membekalkan pangkalan data alumni USM sepanjang penubuhan Chapter Alumni ini. Selain itu, beliau dalam ucapan tersebut ada berkongsi peranan yang dimainkan oleh USM dalam menjadikan USM sebagai universiti global dan hala tuju ini telah bermula pada tahun 2016. Banyak perkembangan terkini mengenai USM telah dikongsikan dengan semua alumni yang hadir. Suara hati alumni untuk bersama membantu memajukan USM juga telah didengari.

Ketua Alumni USM Semporna, Sabah iaitu Puan Mazni binti Haji Ulong merupakan salah seorang alumni USM yang mengajar di sekolah tersebut. Beliau bebesar hati mengalu-alukan kedatangan PPA serta MPDAD yang turut serta memeriahkan lagi program Integrasi Borneo.

Turut hadir dalam program ini En. Nazru Ismail, Penggawa Desasiswa Aman Damai, USM dan Pengarah, Kolej Poly-Tech MARA, Semporna iaitu Tuan Mohamed Saifuddin Hussin yang juga alumni USM.

SMK Bugaya merupakan sekolah yang dijadikan lokasi untuk program ini kerana terdapat ramai guru yang juga merupakan Alumni USM.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan ramah daripada alumni-alumni yang hadir mengenai program ini.

 Teks: Nur Haziqah Zulkifli                   Foto: En. Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik

                                                   

  Admin Login