• HOME
  • News & Events
  • My Story
  • Alumni USM Kongsi Ilmu ICT & Teknologi Bersama Belia Orang Asli Slim River

Alumni USM Kongsi Ilmu ICT & Teknologi Bersama Belia Orang Asli Slim River

Slim River, 5 November 2016 – Seramai empat orang alumni USM telah menyertai Program Pemindahan Ilmu Pelajar dibawah flaghip Libatsama Universiti-Komuniti Siri 9/2016 bersama komuniti orang asli di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih (Orang Asli) di Ulu Slim, Slim River, Perak Darul Ridzuan baru-baru ini. Program anjuran bersama Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) dengan Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan (Kusisdari), USM ini bertujuan untuk memindahkan ilmu ICT dan teknologi kepada golongan terkebawah (bottom billion) iaitu masyarakat orang asli dalam memasarkan hasil pertanian, kraftangan dan pelancongan secara digital dan atas talian. Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama dan penglibatsamaan antara universiti dan komuniti masyarakat orang asli di negara ini khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan. Seramai 20 orang belia dan 30 orang pelajar sekolah yang telah dipilih oleh tok batin di beberapa perkampungan orang asli telah terpilih sebagai peserta. Proses pemindahan teknologi dan pengetahuan ICT kepada masyarakat orang asli dengan memberi pendedahan ICT dengan menggunakan modul seperti teknik mengambil dan mengedit gambar produk (pertanian/kraftangan/pelancongan) yang betul (Picasa), membuka akaun email dan merekabentuk dan membuka akaun Blog yang menarik (untuk tujuan pemasaran secara atas talian).

1

Empat orang alumni USM tersebut ialah En. Akmal Ariffin (Pelatih Eksekutif), En. Mohamad Naim Md Taib (NGO), Nur Syazwani Miswan (freelancer) dan En. Aizat Shamsudin (Penolong Pengurus e-Rezeki, MDEC).

2

Menurut Pengarah PTPM, Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, yang juga adalah Penasihat Kusisdari, golongan terpinggir seperti orang asli perlu bersama-sama berjaya dan menikmati kehidupan seharian yang lebih berkualiti. Untuk itu, kerjasama dan sokongan padu pelbagai pihak seperti universiti, kerajaan negeri dan NGO amatlah diharapkan agar program seperti ini dapat mencapai objektifnya.

3

Program Libatsama-Universiti Komuniti ini disertai oleh seramai 38 orang siswa Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibantu oleh tujuh orang staf Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM).

Siri 1 hingga siri 8 Program Libatsama Universiti-Komuniti ini telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan pada 15 Ogos 2015, program ini telah mendapat Anugerah Cemerlang UCTC bagi Teknologi dan ICT yang telah diadakan di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di Putrajaya.

 

4

  Admin Login