• HOME
  • News & Events
  • My Story
  • PROGRAM ROAD TO EXCELLENCE (RTE) BERSAMA PELAJAR TAJAAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

PROGRAM ROAD TO EXCELLENCE (RTE) BERSAMA PELAJAR TAJAAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Kompleks Cahaya USM, 16-18 Mac 2018 – Program Road to Excellece (RTE) telah diadakan di Dewan Persidangan Siswa, Kompleks Cahaya USM dengan anjuran bersama Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (ACE) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini melibatkan pelajar tahun akhir tajaan biasiswa JPA.  Seramai 232 pelajar tahun akhir dari pelbagai bidang menyertai program ini.

Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan persediaan dan kemahiran sebelum memasuki alam kerjaya. Program ini juga memberi penekanan kepada kemahiran insaniah (soft skills) dengan mengetengahkan bengkel/ceramah penulisan resume, keperluan untuk menghadiri temuduga, sesi pengurusan imej diri, pertuturan awam dan penyelesaian masalah secara kreatif.

rte1

Sesi Ice Breaking bersama En.Muhammad Afiq bin Anuar dari JPA, Hari Pertama

 Antara penceramah yang turut serta memberi taklimat adalah En. Yusri Mohd Razalli @ Ghazali, En. Muhammad Afiq Anuar dari Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA, dan Pn. Asmahan Othman dari TalenCorp cawangan Pulau Pinang serta Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan, ACE Dr. Norazharuddin Shah Abdullah dan Pensyarah PP Ilmu Kemanusiaan, Dr. Syed Mohamad Bin Syed Abdullah.

rte2

Sesi ceramah Penulisan Resume bersama Pengarah ACE

rte4newrte

Sesi Taklimat Nurturing Expert Talent (NEXT) – Talenctop, Hari Kedua

Di hujung program ini, 13 syarikat telah mengadakan pameran kerjaya dan telah mengadakan temuduga terbuka kepada pelajar-pelajar tajaan. Antara syarikat-syarikat tersebut adalah YTL Corporation, Plexus Manufacturing Sdn Bhd, Robert Bosch Penang, Celestica Penang, Silterra (M) Sdn Bhd, Eco World, Mudajaya Group Berhad, Inspidea Sdn Bhd, CIMB, Intel Technology Sdn Bhd, X-FAB Sarawak Sdn. Bhd., Garena Malaysia, dan IJM Corporation Berhad.

rte6rte7

Pameran Kerjaya - Hari Ketiga

Program ini dilihat memberi impak yang besar kepada pelajar-pelajar tahun akhir tajaan JPA. Pelajar tersebut diberi pendedahan awal dan teknik-teknik untuk memasuki alam pekerjaan mengikut acuan industri-industri. Secara tidak langsung, program ini dapat menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan universiti bagi mencapai sasaran Headline KPI no. 1 universiti. Maklum balas pelajar bagi aktiviti keseluruhan adalah menggalakkan dan hampir semua pelajar bersetuju untuk meneruskan aktiviti-aktiviti ini bagi tahun seterusnya.

  Admin Login