• HOME
  • News & Events
  • My Story
  • PROGRAM ONE STEP AHEAD BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5 & 6 MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR, KEDAH

PROGRAM ONE STEP AHEAD BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5 & 6 MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR, KEDAH

Alor Setar, 25 Mac 2018 - Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (ACE), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif mengadakan program pengenalan alumni dan kerjaya yang dinamakan One Step Ahead. Program One Step Ahead merupakan program printis bagi sekolah yang terpilih untuk menyemai apresiasi dan semangat alumni selain mendedahkan pelajar kepada kerjaya dan peluang melanjutkan pengajian di USM. Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS) merupakan lokasi pertama dalam menjayakan program ini bagi. Seramai 80 pelajar tingkatan enam dan lepasan SPM menyertai program ini.

Program ini telah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan semasa univerisiti dan dalam masa yang sama ACE juga telah mempromosikan program akademik USM kepada pelajar-pelajar MMAS. Latar belakang sejarah USM, program yang ditawarkan, kedudukan USM diperingkat ASEAN dan dunia serta pencapaian USM dari semasa ke semasa melalui pelbagai aspek iaitu penyelidikan, sukan, seni kebudayaan dan keusahawanan telah disajikan kepada pelajar. Program ini juga membekalkan pelajar dengan kesedaran dan peranan seorang alumni terhadap sekolah mahupun universiti kelak. Ini penting untuk mendapatkan bakal siswa yang menghargai peluang belajar di universiti sama adadi USM atau Universiti Awam yang lain.

MMAS1

Program ini telah dilaksanakan oleh En. Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik (Penolong Pendaftar Kanan ACE) dan En. Sollehin Ab Rahim. En. Mohamad Kasyfi merupakan alumni Maktab Mamud Alor Setardan telah merealisasikan peranan alumni yang diterapkan oleh Universiti Sains Malaysia. Ia umpama sireh pulang ke ganggang. Penyampaian ceramah disampaikan secara interaktif, melibatkan ceramah, soal jawab dan tayangan video serta sesi kuiz.

MMAS2

MMAS3

Alhamdulillah, respon pelajar adalah amat positif dan objektif yang dirancang telah berjaya dicapai mengikut respon pelajar yang hadir.

Insyaallah, program ini akan diteruskan dengan alumni USM yang seterusnya menyedia agenda One Step Ahead di sekolah masing-masing.

 

  Admin Login