• Banner Oktober Diwali 2017 01

  • Banner September Oktober VC 01 01

  • Banner September VC 01 01

  • Banner September Konvo 55 01

  • banner maal hijrah

  • banner hari malaysia

  • banner Sept

  • EBANNER ALUMNI WELCOME 01

  • Banner Ogos Merdeka DWI MZJ 01

  • Banner Ogos Aidiladha 01

Welcome to Centre for Alumni Liaison Official Website

Satu program bertemu dan beramah mesra dengan alumni USM Chapter Semporna, Sabah telah diadakan pada baru-baru ini di SMK Bugaya, Semporna sempena Program Integrasi Borneo 4.0 anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPAD).

Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (PPA) , Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya. Program ini berlangsung dengan ucapan kata-kata aluan dari Pengarah PPA yang mengalu-alukan penubuhan Persatuan Alumni USM Chapter Semporna. PPA  juga akan membantu dari sudut teknikal dan membekalkan pangkalan data alumni USM sepanjang penubuhan Chapter Alumni ini. Selain itu, beliau dalam ucapan tersebut ada berkongsi peranan yang dimainkan oleh USM dalam menjadikan USM sebagai universiti global dan hala tuju ini telah bermula pada tahun 2016. Banyak perkembangan terkini mengenai USM telah dikongsikan dengan semua alumni yang hadir. Suara hati alumni untuk bersama membantu memajukan USM juga telah didengari.

Ketua Alumni USM Semporna, Sabah iaitu Puan Mazni binti Haji Ulong merupakan salah seorang alumni USM yang mengajar di sekolah tersebut. Beliau bebesar hati mengalu-alukan kedatangan PPA serta MPDAD yang turut serta memeriahkan lagi program Integrasi Borneo.

Turut hadir dalam program ini En. Nazru Ismail, Penggawa Desasiswa Aman Damai, USM dan Pengarah, Kolej Poly-Tech MARA, Semporna iaitu Tuan Mohamed Saifuddin Hussin yang juga alumni USM.

SMK Bugaya merupakan sekolah yang dijadikan lokasi untuk program ini kerana terdapat ramai guru yang juga merupakan Alumni USM.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan ramah daripada alumni-alumni yang hadir mengenai program ini.

 Teks: Nur Haziqah Zulkifli                   Foto: En. Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik

                                                   

Latest News

My Story

Alumni USM Kongsi Ilmu ICT & Teknologi Bersama Belia Orang Asli Slim River

Slim River, 5 November 2016 – Seramai empat orang alumni USM telah menyertai Program Pemindahan Ilmu Pelajar dibawah flaghip Libatsama Universiti-Komuniti Siri 9/2016 bersama komuniti orang asli di Sekolah Kebangsaan...

THE PROMOTIONAL DRIVE OF USM ACADEMIC PROGRAMS BY PPA AND USM ALUMNI IN BRUNEI

Bandar Seri Begawan, 15 November 2016 – The Centre of USM Alumni Liaison (PPA), in collaboration with USM alumni in Brunei had conducted meetings and discussions with various organisations in...

PPAUSM LEADS THE ESTABLISHMENT OF THE MYALUMNI COUNCIL FOR KAZAKHSTAN

  Universiti Sains Malaysia through its Centre for Alumni Liaison (PPA) has successfully established MyAlumni Council for Kazakhstan in a launching ceremony held at the Hilton Garden Inn, Astana, Kazakhstan...

PROGRAM ALUMNI TURUN PADANG FASA 1 & 2

Selaras dengan motto “SAYA SAYANG USM” dalam kalangan alumni USM, Pusat Perhubungan Alumni (PPA) telah melaksanakan beberapa program, antaranya ialah Program Alumni USM Turun Padang. Program ini dirangka untuk mempromosikan...

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPA

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Pusat Perhubungan Alumni (PPA) telah diadakan baru-baru ini di Anjung Budi,USM.  Majlis yang penuh meriah ini sejak jam 5.30 petang diserikan lagi dengan kehadiran...

ALUMNI USM CHAPTER SEMPORNA, SABAH

Satu program bertemu dan beramah mesra dengan alumni USM Chapter Semporna, Sabah telah diadakan pada baru-baru ini di SMK Bugaya, Semporna sempena Program Integrasi Borneo 4.0 anjuran Majlis Penghuni Desasiswa...

  Admin Login