• Banner Oktober Diwali 2017 01

  • Banner September Oktober VC 01 01

  • Banner September VC 01 01

  • Banner September Konvo 55 01

  • banner maal hijrah

  • banner hari malaysia

  • banner Sept

  • EBANNER ALUMNI WELCOME 01

  • Banner Ogos Merdeka DWI MZJ 01

  • Banner Ogos Aidiladha 01

Welcome to Centre for Alumni Liaison Official Website

Selaras dengan motto “SAYA SAYANG USM” dalam kalangan alumni USM, Pusat Perhubungan Alumni (PPA) telah melaksanakan beberapa program, antaranya ialah Program Alumni USM Turun Padang. Program ini dirangka untuk mempromosikan USM kepada masyarakat khususnya warga sekolah iaitu Pelajar Tingkatan 6. SMKA Al-Irshad, Pokok Sena telah dipilih sebagai sekolah pertama (Fasa 1 – Daerah Seberang Perai Utara), manakala untuk fasa kedua (Daerah Timur Laut, Pulau Pinang) sekolah yang dipilih adalah SMK (P) Al-Mashoor. Turut bersama adalah pelajar-pelajar Tingkatan 6 dari SMK Datuk Hj Abdul Kadir, SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, SMK Haji Zainul Abidin dan SMK (P) St. George.

 

Seramai empat orang penceramah jemputan yang terdiri dari alumni-alumni USM yang telah berjaya iaitu Dr. Siti Baidurah Yusoff dan Dr. Muhamad Haafiz b. Muhamad Kassim (Pusat Pengajian Teknologi Industri), Dr. Fadzilah Azni Ahmad  (Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam) dan Aizat Shamsudin (salah seorang pelajar PhD termuda dari Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia).

Pengarah PPA, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya dalam ucapannya kepada peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar STPM telah menerangkan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan tajaan di USM, sekiranya seseorang pelajar berjaya dalam pencapaian yang baik. Program ini dijangka dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan  hingga berjaya ke menara gading dan memilih USM sebagai universiti yang terbaik bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

 

Semua peserta memberi fokus yang tinggi semasa mendengar ceramah yang disampaikan oleh keempat-empat penceramah, antaranya tentang keseronokkan, keselesaan dan kelengkapan yang disediakan oleh USM (Saudara Aizat) dan bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang yang disampaikan oleh Dr. Fadzilah. Manakala Dr. Haafiz dan Dr. Baidurah  telah menyakinkan golongan pelajar bahawa pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Agama juga mempunyai peluang yang terbuka untuk berjaya dalam bidang teknologi  dengan mengambil contoh beberapa cendikiawan yang berjaya. Malah Dr. Haafiz sendiri  adalah bekas pelajar dari  sekolah aliran agama.

Para pelajar juga telah menunjukan minat yang baik semasa sesi dialog dan soal jawab.

Teks: Nur Haziqah Zulkifli / Gambar: Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik

 

 

Latest News

My Story

Alumni USM Kongsi Ilmu ICT & Teknologi Bersama Belia Orang Asli Slim River

Slim River, 5 November 2016 – Seramai empat orang alumni USM telah menyertai Program Pemindahan Ilmu Pelajar dibawah flaghip Libatsama Universiti-Komuniti Siri 9/2016 bersama komuniti orang asli di Sekolah Kebangsaan...

THE PROMOTIONAL DRIVE OF USM ACADEMIC PROGRAMS BY PPA AND USM ALUMNI IN BRUNEI

Bandar Seri Begawan, 15 November 2016 – The Centre of USM Alumni Liaison (PPA), in collaboration with USM alumni in Brunei had conducted meetings and discussions with various organisations in...

PPAUSM LEADS THE ESTABLISHMENT OF THE MYALUMNI COUNCIL FOR KAZAKHSTAN

  Universiti Sains Malaysia through its Centre for Alumni Liaison (PPA) has successfully established MyAlumni Council for Kazakhstan in a launching ceremony held at the Hilton Garden Inn, Astana, Kazakhstan...

PROGRAM ALUMNI TURUN PADANG FASA 1 & 2

Selaras dengan motto “SAYA SAYANG USM” dalam kalangan alumni USM, Pusat Perhubungan Alumni (PPA) telah melaksanakan beberapa program, antaranya ialah Program Alumni USM Turun Padang. Program ini dirangka untuk mempromosikan...

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPA

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Pusat Perhubungan Alumni (PPA) telah diadakan baru-baru ini di Anjung Budi,USM.  Majlis yang penuh meriah ini sejak jam 5.30 petang diserikan lagi dengan kehadiran...

ALUMNI USM CHAPTER SEMPORNA, SABAH

Satu program bertemu dan beramah mesra dengan alumni USM Chapter Semporna, Sabah telah diadakan pada baru-baru ini di SMK Bugaya, Semporna sempena Program Integrasi Borneo 4.0 anjuran Majlis Penghuni Desasiswa...

  Admin Login