• News & Events
  • My Story
  • PPA DAN ALUMNI USM DI BRUNEI BANTU PROMOSI PROGRAM AKADEMIK DI USM

PPA DAN ALUMNI USM DI BRUNEI BANTU PROMOSI PROGRAM AKADEMIK DI USM

Bandar Seri Bagawan, 15 November 2016 - Pusat Perhubungan Alumni, USM (PPA), dengan kerjasama alumni USM di Brunei telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak di negara tersebut. Aktiviti pemasaran ini dibuat bersama-sama dengan para alumni USM semasa Kolokium Pengurusan Pembangunan Islam anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM. Kesempatan ini juga digunakan untuk PPA menubuhkan persatuan alumni USM chapter Brunei. Program dimulakan dengan bertemu mesra, bertukar pendapat dan mendapat maklum balas daripada para alumni mengenai kemajuan USM pada masa kini. 

a

Bagi tujuan promosi, PPA telah mengatur sesi kunjungan ke Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Brunei bagi mengadakan perbincangan, berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat serta menawarkan peluang kepada pelajar-b pelajar dari Brunei untuk melanjutkan pengajian di USM terutama dalam bidang perubatan. Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi telah memberikan taklimat berkaitan dengan dasar dan syarat untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman bagi pelajar-pelajar Brunei Darussalam yang ingin melanjutkan pengajian mereka di luar negara. Juga bagi staf akademik dari lima buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB) dan juga institusi Pendidikan Teknikal Brunei (ITBE) yang ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi di Malaysia, khususnya USM.

PPA juga telah membuat kunjungan ke Jabatan Pengajian Islam yang terletak di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dalam lawatan ini, PPA telah berkongsi maklumat berkaitan dengan pelbagai program akademik yang ada di USM. Pihak Pengurusan Jabatan Pengajian Islam telah memberi maklum balas yang positif, dan seterusnya satu sesi pertemuan telah diatur dengan para pelajar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hasanal Bolkiah (SMALHB).

PPA telah juga memberikan taklimat yang mendalam tentang program-program akademik USM kepada para pelajar laki-laki dan perempuan di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hasanal Bolkiah (SMALHB). Guru-guru dan para pelajar yang menyertai taklimat ini sangat tertarik dengan tawaran tempat pengajian di USM. Antaranya adalah tentang pelbagai program akademik, kemudahan yang disediakan dan yuran pengajian yang lebih murah berbanding dengan negara-negara maju

.      d

                                                            

Usaha yang dijalankan oleh PPA ini mendapat reaksi yang positif dan minat Yang Mulia Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa  Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Abdul Karim (Penasihat ISDEV). Beliau telah membantu mengatur satu sesi perbincangan dan taklimat ringkas bersama pengurusan Laksamana College of Business iaitu sebuah institusi pendidikan swasta di Brunei bagi mempromosikan program akademik Ijazah Tinggi USM kepada staf akademik di College tersebut.

Di samping turut serta bersama-sama alumni USM dalam kolokium tersebut, PPA juga berjaya membantu dan melaksanakan agenda USM untuk mempromosi dan membuka peluang kepada masyarakat (pelajar-pelajar) luar negara khususnya dari Brunei untuk melanjutkan pangajian di USM.

 

Teks: Zulkifli Md Yusoff/Photo:Zulkifli Md Yusoff

 

  Admin Login